EvErYtHiNg iN My LiFe

SaLaH sAtU TeMpAt YaNg BoLeH aKu LuAhKAn PeRaSaAn DaN KeTiDaKpUaSaN HaTi Aku... So OrG YaNg AdE TeRbAcA BloG's Aku ni BlEH LEr BaGI CoMmEnt @ COmPLeMeNt....

Tuesday, August 11, 2009

Semalam (10/08/09) dlm 730am mak kol, tp xsedar..then aku kol balik ms on the way turun dr umah to keta...
mak ckp (arwah anak angah (janin 5 bulan)) dh smpi umah kul 12mlm td, tp xdan kebumi lg..
so mybe arini (senin 10/08/09) akan kebumi...
sedang aku panas enjin keta tuk ke ofis, aku trgerak trus nk ke melaka trus, utk jenguk n jmpe angan (adik aku)..
8.10 KL smpi umah melaka (bkt baru dlm 9.40am..)
laju gak aku memecut..tp xdan jugak..
aku smpai umah tu pas org lik dr kubur...
xpe la...
mak ckp, janin tu kecik lg.mcm ank kucing br lahir (ibarat).tp dh de sifat...
rambut, jari kaki n tangan..cuma kelopak mata n belahan mulut lom ade...
baby boy.. (mohammad irsyad)....

to adik aku, angah..sbar dgn dugaan ni, harap ko xsedih...
irfan kan ade...so pasni kena planning ek, pesan ke laki ko tu (wan) hehhehehee..

opsss, to readers...act adik aku sah menagdung n skg dh masuk 5 blan..tp senin lpas (3hb ogos) air ketuban dia pecah n kering, then baby xdpt nk di selamat kan terpaksa di gugurkan..tu le kisah nyer....

ok jmpe lagi ek..daaaaa

Wednesday, June 24, 2009

HaPpy Father's Day

MAHKOTA UNTUK AYAH


qamar_muneera



“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.



************ ********* ********* ********* *******


Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingk an dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.


"Selamat Hari Bapa"

Thursday, June 11, 2009

penat dowhhh

aku cakap betul bai..
penat arrr..
aku busan...
ntah arrr.
br 2 thn keje, aku dh rasa mcm ni..
pe aku nk buat ni ek...

cepata la 5.30pm aku nak balikkkkkk

Wednesday, June 10, 2009

aKu KemBaLi


Salam...
Ya Allah..Lama giler aku x update blog nih..
last en3 Jan 2006 and until now Jun 2009..
Wah, ape mimpi aku decide tuk berblog kembali..?!
act, aku terpegun n tertarik bila kwn2 aku buat blog..
aku bkn xde akaun blog ni, tp aku yg malas nk taip, nk update..
tp bila kwn2 aku aktif sgt berblog, bercite, pe lagi..
tambah2 si macrieda ( http://hudagurl84.blogspot.com/ )pergh..aku salute kat dia..
gaya penulisan yg menarik, cite2 yg meletup then yg best kdg2 ade cite ttg aku..wakakaka..bygkan leh kata ari2 aku tgk blog dia, then kdg2 mmg aku appear kan, sbb layan desa.fm kt dlm blog tu..so pe lg, smgt aku tuk berblog kembali membuak2 (iye ke), cuma harap2 jgn hangat taik lembu dh arrr...

emm, ckup dl mukadimah di en3 br..
aku br nk stat keje ni, kang x siap keje aku kang..
aku tak berjanji tuk gila2 berblog, tp aku akn cuba
update slalu blog aku ni..and make it best la, wpun x hebat mcm blog2 org lain..

last but not least aku nk buh gak, latest pic aku 2009..
wakakakaka..poyo nye aku...

Labels:

Thursday, January 12, 2006

hepi new year!!!

10:39 AM 31/12/2005

hi...last day for 2005...
bagi aku x de ape2 yg intrested utk new year mlm ni...
maybe just duk bilik sambil tgk tv @ tidoo... haha!!!
bukan x nak celebrate tapi tgk mood new year gak ler..
klu member ajak kuar pun mybe kat luar bilik hehe!!
kena lagi...malas nk masuk town confirm jammed,then ntah ape2 punyer
celebration ntah... x minat aku!!!

kt sini isnin tetap di jalani mcm biasa, x de cuti la... Johor x amik!!!
so prepare utk presentation jer la nampak gayanye...
ntah ler....

Friday, December 30, 2005

haPpy New Year!!!

hepi new year, untk diri sendiri...hehe!!!
azam lepas? dh tercapai ker?! untuk aku 1st dh tercapai tp 2nd punyer x berapa nk menjadi le...
x per la, aku akan bwk azam tu ke thn 2006. insyaallah..

Wednesday, December 14, 2005

tGh CuTi

Haii...
actually aku tgh cuti ni, ade baki 2 minggu until krismas..
time cuti gini aku duk umah jer!!x de yg intresting nak buat cuma cadang nyer end this week nak jumpa kawan2 sepermainan, sepersekolahan dan seperkuliahan yang ade kat area kg n N9..
skg ni kat umah aku ade mak n pak sedara aku, diorg tak berapa nak chat then aku take over mak ayah aku jaga diaorg, anak2 bukannye tak de tapi jauh then nak balik pun end week jer!!!

dari sini aku dapat satu manfaat, walau susah macamane pun kita nak menjaga diaorg dah tua nnt lagi susah diaorg jaga kita adik beradik masa kita kecik dulu!!! percaya lah pengalaman tu mahal seh!!! dari sini juga aku dapat rasa bahawa walau pun kita dah upah mane2 org utk jaga mak ayah kita bila diaorg dah tua nnt tapi sentuhan seorg anak utk jaga diaorg lagi diaorg bangga!!!
walaupun sekolah tinggi 4-5 tingkat sampai oxford University pun kalu ler keprihatinan, kasih sayang, tanggungjawab anak tu x de utk mak ayah tu x de emm.. baik x payah sekolah tinggi2!!!